Sunday, April 19, 2009

Pembiasan Wang Elaun

Hari ni aku melalui hari-hari gemilang sebagai seorang wireman. Tangan naik kematu dan lutut semakin longgar apabila sehari suntuk berada di Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah bagi menjalani ujian praktikal wiring. Lulus dengan pelbagai cabaran menimpa. Akhirnya, segala penat lelah selama ini terbalas dengan memiliki Kad Hijau serta elaun sebanyak rm200.

Keluar 7pagi balik 7malam membuatkan aku pengsan selepas isyak sehingga pukul 12 tgah mlm tadi. Selepas itu layan dulu game chelsea vs arsenal walaupun liverpool tiada dalam senarai di Infasha sambil makan serta minum setelah siang hanya sempat bersarapan tanpa lunch. Kemenangan berpihak kepada chelsea yang biru. Kasihan arsenal sudah tersingkir. Namun begitu aku tetap support rumet aku yang sentiasa menjadikan Fabregas sebagai abang angkatnya.

::Cesc Fabregas yang jambu::

Agenda hari esok ialah pc-fair di Mahkota Parade. Tak tahu mengapa pada waktu sekarang ia berlangsung. Pada masa lampau bulan mac selalu menjadi pilihan. Sekarang, april + hujung sem. Sudah konfem poket sudah kering. Mungkin esok sesi melihat serta menyimpan hasrat yang hanya mampu dilakukan. Sesi membeli, jauh sekali..


Ehk, aku ada duit elaun. Perasaan itu datang kembali.~~~ MySpace~~~

6 Dropping Note's:

nabilah mangshor said...

hah !
rm200 tu kan ade
leh la berfoya2 dgn brgn digital baru
-.-

Mohd Nasri Md. Nasir said...

cipann...
asl ko dpt rm200
bkn rm150 ke..
xleh jd ni..

fjie said...

nabilah mangshor::mungkin yea, mungkin tidak.aha

nasri::biase r.ak bwt overtime.haha

Cookie Monster said...

wahhh
pc fair!
mau pigi
mahahh
;P

fjie said...

xyh pegi..
nnt abeh dwit..
muahaha

Peja Pepejal said...

piji nk beli digicam!!hehehe..sakan die belek2 tenet semate2 nk beli camera bawu...lol