Saturday, May 2, 2009

Rumah Baru

Permulaan bulan Mei ialah Hari Pekerja. Dan hari ini juga aku dan rakan2 sepatutnya telah melalui fasa yang baru di dalam hidup masing2. Semuanya gara-gara tahun 3. Sebelum hari ini, semua dana telah dikorbankan bagi merealisasikan impian setiap seseorang. Hanya menunggu masa yang sesuai jer.

Fasa baru tersebut ialah fasa rumah sewa. Err, xmau la sebut rumah sewa. Nak sebut rumah baru. Tidak lagi bergantung harap kepada hostel. Kitorang telah disesarkan daripada menginap hostel. Sungguh kejam. Di bawah ini adalah ilustrasi hostel kitorang. Sungguh mewah.

Di bawah ini pula ialah ilustrasi rumah baru kitorang. Ini sebelum di make-over. Mungkin selepas sebulan berpindah aras rumah ini akan bercambah. Mungkin menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Bergantung kepada arkitek yang mengubahnya. Semua ini adalah hasil titik peluh kitorang sekeluarga.

Hanya fantasi.

Rumah sebenar ialah rumah setingkat je pun. Rumah teres. Kedudukannya juga strategik. Berhadapan balai bomba. Senang2 boleh mandi dengan paip bomba je.

Sebenarnya, ada untungnya duduk rumah sewa ni. Aku tidak lagi bersusah payah untuk pikir di mana aku ingin meletakkan barang2 sementara cuti sem 2 bulan ini. Kan senang dah ada rumah sewa. Campak je kat dalam tu. Lagipun member2 serumah ada yang mengambil short sem. Diorang la yang menginap di situ. Aku pula, mungkin bulan julai nanti baru nak check-in.


Aktiviti petang tadi, basuh @ cuci rumah.

Satu perkara yang agak mendukacitakan aku mengenai rumah sewa ialah talian internet. Mungkin kehidupan baru aku itu tiada lagi perkara lagha yang datang membantu. Internet mungkin tiada. Mungkin. Tidak pasti lagi. Habis? Macam mana dengan blog aku. Satu persoalan.

Kesimpulannya, hidup berjiran amalan mulia. Untung2 dapat lauk lebeyh..hehe.

10 Dropping Note's:

Cookie Monster said...

hehehehe
besaunyaa rumah
:P

nabilah hana said...

bagus juga berjiran dgn bomba
kalau bekalan air xde, xde alasan utk xmandi sblm ke kelas
;)

Mohd Nasri Md. Nasir said...

bkn ke dpt umah tingkat ats..
tingkat bwh org len sewa..haha

fjie said...

Cookie Monster::besauu kan.haa.. gmbr je la..haha

nabilah hana::err.kalu ari2 mandi kt balai bomba pn ok jgk.jimat bil air.hehe

nasri::ehk.ak umah bwh r.. dak2 umah bwh yg umah atas.hoho..

nur fadhilah said...

rumah dekat dengan balai bomba??
macam tau je kat mana.
haha

:P

Mohd Nasri Md. Nasir said...

sudah terbalik kaa..hahaha

penjenayah.merah.jambu said...

huish..lau dpt umah cm atas tu,mao hari2 aku terdampar kt kolam renang tu..
hahaha..

mie said...

wah!!!
best dapat hostel or rumah camtu...
tp kalo xde internet..
agak susah gak tu..
hahahhaaa

fjie said...

nur fadhilah::err..ye ke? tukar la.cr umah len.haha..

nasri::mne ade terbalik.ko je sje bwt terbalik.haha..

penjenayah.merah.jambu:: mst r.pas2 bwt bisnes swimming pool.spe nk masuk, 2 ringgit.hehe..

mie::agak susah.nnt2 la di usahakan..aha

amalina binti anuar said...

cmne ek nk wat wat you might like these stories..