Sekarang aku berpraktikal. Berpraktikal dengan semua sekali kejadian. Hidup yang baru. Persekitaran yang baru. Kawan yang baru. Dan perasaan yang baru. Dua minggu sudah aku menjalani perkara ini. Perkara wajib bagi jurusan universiti iaitu latihan industri.
Semuanya agak janggal. Bangun pagi dengan tindak tanduk yang dungu. Berharap masa akan cepat berlalu. Namun jiwa kena kuat. Perkara ini baru permulaan. Sampai satu saat, permulaan ini yang menjadi asas kehidupan.
Perjalanan awal pagi ke tempat kerja memerlukan aku melihat matahari. Sengaja aku tenung matahari pagi. Cahaya yang baru memancar. Maksud disebalik? Aku simpan di dalam hati.
Perintah melakukan suruhan harus dibiasakan. Adat bekerja. Suasana ceria di tempat aku berpraktikal sukar aku gambarkan. Ada kalanya negatif. Mungkin masih baru. Terkial-kial menyambung ikatan tali persaudaraan.
Selesai segala hal di tempat kerja pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Lewat petang. Cahaya matahari makin malap. Setiap hari bertembung dengan sejumlah kenderaan yang pergi dan pulang mencari rezeki. Baru tahu erti wang tidak datang melayang. Ia hadir dengan perkataan usaha.
Sampai di rumah terasa penat seketika. Melihat telatah anak buah terasa seperti mahu di sekeh-sekeh kepala. Yang kecil di usik yang besar. Yang besar bertempik merata.
Malam rehatkan kepala rehatkan minda. Buat apa yang mampu selagi hati rasa tenang. Apa yang berlaku hari ini akan diulang pada hari esok. Begitu dan seterusnya.
Tapi yang pasti aku terasa seperti keseorangan. Memerlukan teman. Kadang-kala aku rindu seseorang.

Tapi tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.
2 Dropping Note's:
power gile BM ko...kagum2
xie...
Post a Comment